Ads

(Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza



Di antara ketiga-tiga piramid yang menjadi tinggalan bagi seni pembinaan di Mesir, Piramid Giza paling menonjol sekali. Piramid-piramid ini dibina sekitar pada dinasti keempat iaitu 4,550 Sebelum Masihi.
Piramid Mesir Purba ini dibina untuk dijadikan makam untuk Raja-raja (dan Permaisuri) termasuk Makhluk yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan tidak pernah sakit, akhirnya mati dalam keadaan terhina dan menjadi tatapan dunia sehingga ke hari ini.
piramid giza (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
Artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun. Sebelum ini, ada kajian menarik yang dilakukan oleh arkitek Perancis mengenai Piramid Giza.
PARIS: Arkitek Perancis mendakwa membongkar misteri bagaimana piramid Giza di Mesir dibina dari dalam ke luar dan bukan sebaliknya seperti tekaan sebelum ini.
Selepas mengkaji piramid selama lapan tahun, Jean-Pierre Houdin, kelmarin mendedahkan hasil kajiannya dan menunjukkan lakaran tiga dimensi bagaimana pekerja Mesir purba mengangkut blok batu seberat 2.5 tan setiap satu untuk membina piramid Giza, di luar Kaherah.
Pembinaan Piramid 4,500 tahun lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops, sudah lama membingungkan saintis. Teori paling kerap dikemukakan ialah tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk piramid. Namun, menurut teori Houdin yang boleh dilihat di laman web www.3ds.com/khufu, pembinaan piramid pada peringkat bawah hingga ke ketinggian 43 meter menggunakan tanjakan di luar piramid bagi mengangkat dan menyusun batu besar berkenaan.
Bagaimanapun pada paras selanjutnya, tanjakan berlingkar di dalam rangka piramid dibina untuk menyiapkan struktur itu. Houdin berkata, kajiannya turut mengambil kira kajian yang dibuat oleh Gilles Dormion, rakyat Perancis yang sudah lebih 20 tahun mengkaji pembinaan piramid. Houdin berkata beliau mahu menguji teorinya dengan membuat siasatan di piramid itu sendiri.
piramid giza4 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza5 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza6 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza7 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza9 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza8 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza10 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
piramid giza1 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
Walaubagaimanapun, masih bermain di fikiran saya beberapa persoalan seperti di bawah (yang aman yang boleh menjawabnya, dipersilakan. Mari berkongsi maklumat)
  • Misteri paling besar ialah kenapa binaan itu berbentuk piramid? Bukan 4 segi, bukan seperti istana, tiada tiang, tiada menara. tiada bumbung?
  • Kenapa setiap sudut bucu piramid bersetentang tepat dengan sudut Utara, Selatan, Timur dan Barat?
  • Bagaimana mereka potong setiap keping batu itu dengan ketepatan yang hanya mampu dicapai dengan bantuan teknologi lazer dan komputer (bukan potong pakai pahat dan penukul)?


Kredit : Ohduniaku (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza | Ohduniaku http://ohduniaku.com/gambar-keajaiban-dunia-piramid-giza#ixzz2OHjxAnM4
Ranking: 5
 
© KerisWarisan | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO